4 Tips Memulakan Perniagaan Internet

Salam sejahtera,

Sebelum anda memulakan perniagaan internet, anda perlu tahu apa yang anda ingin lakukan.

Apa yang anda ingin niagakan?
Apa potensi pendapatan yang anda inginkan?
Berapa modal yang anda sanggup keluarkan?

Semua perkara ini, anda perlu titik beratkan sebelum memulakan perniagaan. InsyaAllah dilema anda dalam memulakan perniagaan internet akan berakhir.

Sebelum anda memulakan perniagaan internet, anda perlu memikirkan perkara berikut :

1. Jenis perniagaan di internet

Anda perlu fikir apa jenis perniagaan yang anda ingin jalankan di internet. Adakah perniagaan anda melibatkan penjualan barang? Adakah anda ingin menjual servis? Adakah anda hanya ingin menulis blog? Adakah anda ingin menjadi affiliate? Anda tentukan apa yang terbaik untuk anda.

Sebaik-baiknya anda pilih perniagaan yang anda tahu dan senang dahulu. Apabila sudah lama bermula, kemahiran anda akan bertambah dan sudah tentu anda akan berkemahiran untuk memulakan perniagaan yang lain pula.

2. Rancangan perniagaan

Anda juga perlu memikirkan rancangan perniagaan yang bakal anda lakukan. Berapa modal yang anda perlu untuk memulakan perniagaan? Berapakah potensi keuntungan yang anda mahu? Bagaimana dengan strategi pemasaran anda?

3. Persediaan tempat kerja dan alatan

Di manakah anda ingin lakukan perkerjaan anda? Jika di rumah, pastikan anda menyediakan ruang yang selesa untuk anda lakukan semua pekerjaan anda. Pastikan semua peralatan anda cukup seperti komputer, line internet yang berkelajuan tinggi, printer dan mungkin mesin faks. Ia bergantung kepada perancangan anda.

4. Adakah perniagaan anda halal atau haram?

Periksa sama ada perniagaan yang bakal anda lakukan menepati ciri-ciri yang di bolehkan dalam agama. Anda wajib siasat perkara ini dahulu sebelum memulakan perniagaan anda. Pastikan juga ia mematuhi peraturan negara.



Saya syorkan anda download laporan Percuma Panduan Asas Memulakan Perniagaan Internet untuk mendapatkan lebih banyak tips, panduan dan strategi perniagaan internet


 

Download Ebook Percuma Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger